Wednesday, August 25, 2010

Major Medical Cover


Kebenaran Tentang Penghospitalan:

Perlindungan kesihatan adalah satu komponen utama sebuah pelan kewangan. Masa kini, kos rawatan hospital semakin meningkat dan boleh menjadi terlalu mahal bagi sesetengah orang.

Ramai yang beranggapan bahawa majikan mereka telah menyediakan perlindungan kos perubatan yang secukupnya untuk diri mereka.

Namun, mereka tidak menyedari kesan buruk akibat tidak membuat persiapan awal bagi menghadapi ketidaktentuan, sehinggalah mereka dimasukkan ke hospital. Kos perbelanjaan perubatan lazimnya akan berterusan walaupun seseorang itu telah keluar dari hospital.

Sebagai contoh, seseorang itu boleh dibebani dengan kos-kos rawatan akibat daripada rawatan lanjutan, dialisis buah pinggang, rawatan kemoterapi atau penjagaan jururawat di rumah.

Pelan Major Medical Cover [MMC] adalah sebagai salah satu manfaat tambahan, bertujuan untuk melindungi kita sehingga berumur 70 tahun daripada akibat menanggung kos-kos penghospitalan utama.

0 comments: