Monday, September 6, 2010

Sleep Paralysis


Kelumpuhan tidur merujuk kepada keadaan lumpuh ketika tidur ataupun ketika bangun tidur. Mereka yang mengalami kelumpuhan tidur pada kebiasaannya akan mengalami masalah untuk menggerakkan anggota badan, tidak berupaya untuk bersuara dan sebagainya. Kelumpuhan tidur juga biasanya di datangi dengan halusinasi seram atau mimpi ngeri.

Kelumpuhan tidur berlaku dalam keadaan seseorang separuh sedar, selalunya mereka seakan tidak sedar sama ada mereka sedang tidur atau pun dalam keadaan jaga sewaktu mengalami lumpuh tidur. Ia juga biasanya berlaku semasa dalam kedudukan tidur terlentang atau dada menghadap ke atas.

Saya secara peribadi hanya pernah mengalami situasi 'sleep paralysis' ini sebanyak tiga kali sahaja. Pengalaman yang sedikit, tetapi cukup untuk membuatkan saya faham keadaan orang lain yang turut mengalaminya. Badan fizikal terasa penat, lesu sesudah terjaga sepenuhnya, dan hati berasa agak kecewa untuk mengadu peristiwa ini kepada rakan-rakan atau keluarga terdekat (untuk bertanyakan jalan untuk mengatasi / mengendalikan situasi yang tidak diingini ini) kerana tidak semua orang pernah mendapat pengalaman mengalami 'sleep paralysis'.

Secara fisiologi, kelumpuhan tidur berkaitan dengan REM atonia (atonia atau 'atonic' di dalam bahasa perubatan bermaksud ketidakseragaman gelombang; atau gelombang yang tidak normal), iaitu kelumpuhan yang berlaku adalah sebagai situasi semula jadi dalam fasa tidur 'mata gerak cepat' (rapid eye movement, REM).

Kelumpuhan tidur berlaku apabila otak terjaga dari keadaan REM. tetapi kelumpuhan badan tetap berlaku. Ini menyebabkan orang yang mengalami 'sleep paralysis' ini berada dalam keadaan sedar tetapi tidak dapat bergerak.

Kelumpuhan ini boleh memakan masa dari beberapa saat sehinggalah ke beberapa minit dengan mana orang itu mungkin akan mengalami gejala panik dan perasan yang khayalan yang dialami adalah palsu.

Sebagai mana yang dicadangkan hubung kait dengan REM, kelumpuhan ini bukanlah sepenuhnya; penggunaan surih EOG (Electro-Olfacto Gram) menunjukkan pergerakan mata masih boleh berlaku semasa kejadian sebegini.

Bila narkolepsi (atau juga disebut sebagai narkosis bermaksud keadaan tidur atau tidak sedarkan diri; seperti yang di akibatkan oleh pengambilan dadah) tidak hadir, kelumpuhan tidur dirujuk sebagai kelumpuhan tidur terasing (isolated sleep paralysis, ISP).

Kelumpuhan ini boleh diiringi oleh halusinasi seram beserta perasaan takut yang amat sangat. Ketakutan seseorang yang pernah mengalaminya terhadap kelumpuhan tidur utamanya datang daripada kejelasan husinasi yang dialaminya.

Elemen berhalusinasi bagi kelumpuhan tidur membuatkan seseorang cenderung kepada menafsirkan pengalaman tersebut sebagai mimpi, kerana objek-objek yang tidak masuk akal mungkin muncul di dalam ruang bilik dalam pandangan mata kasar orang berkenaan. Sesetengah ahli sains mencadangkan keadaan ini sebagai penerangan bagi penculikan makhluk asing dan penemuan hantu.

1 comments:

RIZALY said...

masa kecik2 dulu selalu kena neh..hehhe..
la ni xde dah..