Showing posts with label Books. Show all posts
Showing posts with label Books. Show all posts

Wednesday, September 1, 2010


Exerpt from: Before You Regret / Harun Yahya / Al-Attique Publishers Inc. Canada 2001


Occasionally a person faces various physical and spiritual sorrows and troubles in the world. Amongst these are feelings so intense that they cannot be compared with any other physical pain. This feeling that causes such great distress in the human soul is a feeling called ‘regret’.

Tuesday, August 31, 2010




Petikan: Aura Personaliti Warna / Mir Hazil Azran Ramli / PTS Publications (2008).

SOSIAL

Personaliti Kuning (PK) adalah personaliti yang mengutamakan keceriaan. Mereka sukakan kegembiraan, keseronokan, bersikap periang, manja, mudah mesra dan kadangkala berwatak seperti keanak-anakan. Ini menjadikan mereka nampak muda remaja dan bertenaga. Mereka juga suka mendengar ataupun berjenaka bagi menceriakan diri ataupun orang lain.


Ketawa dan senyuman sering menjadi

Wednesday, August 25, 2010

Major Medical Cover


Kebenaran Tentang Penghospitalan:

Perlindungan kesihatan adalah satu komponen utama sebuah pelan kewangan. Masa kini, kos rawatan hospital semakin meningkat dan boleh menjadi terlalu mahal bagi sesetengah orang.

Ramai yang beranggapan bahawa majikan mereka telah menyediakan perlindungan kos perubatan yang secukupnya untuk diri mereka.

Namun, mereka tidak menyedari kesan buruk akibat tidak membuat persiapan awal bagi menghadapi ketidaktentuan, sehinggalah mereka dimasukkan ke hospital. Kos perbelanjaan perubatan lazimnya akan berterusan walaupun seseorang itu telah keluar dari hospital.

Sebagai contoh, seseorang itu boleh dibebani dengan kos-kos rawatan akibat daripada rawatan lanjutan, dialisis buah pinggang, rawatan kemoterapi atau penjagaan jururawat di rumah.

Pelan Major Medical Cover [MMC] adalah sebagai salah satu manfaat tambahan, bertujuan untuk melindungi kita sehingga berumur 70 tahun daripada akibat menanggung kos-kos penghospitalan utama.

Takaful Saver


Ketika merancang perlindungan untuk menghadapi perkara yang tidak diingini, sudah pasti kita juga harus merancang untuk perkara yang kita ingini seperti memiliki kediaman impian, membiayai anak-anak melanjutkan pelajaran atau bersara lebih awal.

Rider pelaburan Takaful Saver membolehkan kita mengecapi semua ini kerana kita boleh memilih untuk melabur terus ke dalam Dana Takafulink sambil menikmati perlindungan yang ditawarkan oleh pelan Takafulink.

Takafulink Cerdik


Pelan Takafulink Cerdik adalah pelan sumbangan tetap berkaitan pelaburan yang akan matang apabila anak kita mencapai usia 25 tahun.

Pelan ini bukan sekadar memberi perlindungan untuk pendidikan dan kesejahteraan hidup anak kita, ia juga memenuhi keperluan diri kita dan anak kita yang sentiasa berubah mengikut masa.

Takaful Puteri


Takaful Puteri adalah satu rider yang dicipta khas untuk memberi perlindungan kepada wanita terhadap kesan kewangan akibat rawatan perubatan yang mahal yang berkaitan dengan penyakit-penyakit yang dihadapi oleh kaum wanita.

Rider ini boleh dikaitkan dengan Pelan Takafulink. Ia memberi perlindungan yang menyeluruh serta fleksibiliti yang amat sesuai untuk tujuan ini.