Kebenaran Tentang Penghospitalan:
Perlindungan kesihatan adalah satu komponen utama sebuah pelan kewangan. Masa kini, kos rawatan hospital semakin meningkat dan boleh menjadi terlalu mahal bagi sesetengah orang.
Ramai yang beranggapan bahawa majikan mereka telah menyediakan perlindungan kos perubatan yang secukupnya untuk diri mereka.
Namun, mereka tidak menyedari kesan buruk akibat tidak membuat persiapan awal bagi menghadapi ketidaktentuan, sehinggalah mereka dimasukkan ke hospital. Kos perbelanjaan perubatan lazimnya akan berterusan walaupun seseorang itu telah keluar dari hospital.
Sebagai contoh, seseorang itu boleh dibebani dengan kos-kos rawatan akibat daripada rawatan lanjutan, dialisis buah pinggang, rawatan kemoterapi atau penjagaan jururawat di rumah.
Pelan Major Medical Cover [MMC] adalah sebagai salah satu manfaat tambahan, bertujuan untuk melindungi kita sehingga berumur 70 tahun daripada akibat menanggung kos-kos penghospitalan utama.
Ketika merancang perlindungan untuk menghadapi perkara yang tidak diingini, sudah pasti kita juga harus merancang untuk perkara yang kita ingini seperti memiliki kediaman impian, membiayai anak-anak melanjutkan pelajaran atau bersara lebih awal.
Rider pelaburan Takaful Saver membolehkan kita mengecapi semua ini kerana kita boleh memilih untuk melabur terus ke dalam Dana Takafulink sambil menikmati perlindungan yang ditawarkan oleh pelan Takafulink.
Pelan Takafulink Cerdik adalah pelan sumbangan tetap berkaitan pelaburan yang akan matang apabila anak kita mencapai usia 25 tahun.
Pelan ini bukan sekadar memberi perlindungan untuk pendidikan dan kesejahteraan hidup anak kita, ia juga memenuhi keperluan diri kita dan anak kita yang sentiasa berubah mengikut masa.
Konsep TakafulTakaful ialah satu konsep saling membantu yang berdasarkan prinsip-prinsip perkongsian tanggungjawab, kerjasama dan kepentingan bersama. Setiap peserta akan memberi sumbangan berasaskan Tabarru' [derma] ke dalam dana yang akan digunakan untuk membantu peserta tersebut serta peserta-peserta lain pada masa yang diperlukan.Hakikatnya adalah: keperluan kita berubah dengan masa. Apabila keperluan berubah, keutamaan juga akan berubah. Apa yang penting adalah untuk menguruskan keperluan kewangan kita mengikut keutamaan.Pelan Takafulink adalah pelan Takaful Keluarga yang berkaitan dengan pelaburan berasaskan Syari'ah yang dirangka untuk menangani perjalanan hidup yang tidak dapat diduga. Ia juga membolehkan kita menguruskan kehidupan dengan penuh kefleksibelan .
Takaful Puteri adalah satu rider yang dicipta khas untuk memberi perlindungan kepada wanita terhadap kesan kewangan akibat rawatan perubatan yang mahal yang berkaitan dengan penyakit-penyakit yang dihadapi oleh kaum wanita.Rider ini boleh dikaitkan dengan Pelan Takafulink. Ia memberi perlindungan yang menyeluruh serta fleksibiliti yang amat sesuai untuk tujuan ini.